Tuesday, December 30, 2008
mawi world dah kawen, azmi world bila lagi..?
akhirnya..
dapat jugak aku balik kampung. ter-ubat hati nan dara ehhhh nan lara.
apa aku buat ye? aku qada' tengok majlis nikah mawi. fuyoo.. mantap seyy. puas hati dapat tengok. ingat Jumiah sorg je dapat tengok. pasni masjid tu pulak bakal menanti pengantin baru. wuhuu.. tersenyum gembira aku. nanti aku mintak tvpas sponsor majlis siaran langsung azmi world & ..... (jumlah titik tidak melambangkan jumlah huruf - sila jangan buat khabar angin) kat masjid yang sama. ye la mawi world kt situ so azmi world pon kena tpt sama.
dengan hanya sekali lafaz, sah la mereka jadi laki bini. aku kat depan tv yang tersenyum riang. sebab aku cam nampak kt tv tu aku. tu yang senyum tuh. mungkin aku kurus muka cam tu kot nanti. takpe tunggu je la yer.
tapi part aku tak leh blah time kucupan dahi tu. perghh.. gilak ar. ok sekarang gak aku masuk reminder nanti aku nak buat yang sama.
oh ya. berita lagi, wekeend lepas ni lagi 2 orang kawan aku kawen. (cari ketenangan jap)
-
--
---
----
....ok dah tenang.
tapi serius la. mawi sangat smart ok time wedding ni. aku perlu kurus cam dia untuk nampak smart jugak time wedding aku. apa petua? makan tempe banyak-banyak ker mawi. jawab laa.
pinjam songkok boleh. nak bawak gi perlis
*actually aku tak minat pun ekin tu. tapi lantak la dah diorang nak kawen. aku dulik ape. yang kutuk-kutuk tu jodoh korang baik sangat ke atau jodoh masih tak ketemu.
posted by Hi RuLe's WoRLd at 1:30 AM

|
Permalink |
Friday, December 26, 2008
ni lagi sorang
Dr Raihan (Paediatrician)24/Dis
ni lagi seorang sahabat-ku Raihan. bercita-cita menjadi pakar kanak-kanak. i pray for it. gambar kat atas tu pun kat dalam wad kanak-kanak hospital muar. sesuai kan..!!!
short message: hoping you fighting the best for everything to be the best and only the best ok. jangan nakal-nakal. jadi doktor muslimah yang terbaik. dan seperti yang dijanjikan, nanti Raihan akan sambut anak saya kan. (orang lain sila abaikan)
*majlis tadi best kan tapi sayang tanpa kehadiran salah seorang sahabat. kami semua berasa duka tanpu-mu di sisi. kalau sedang dalam ujian Allah, semoga kau tabah. aku doakan kau sentiasa dalam keadaan yang baik-baik.
posted by Hi RuLe's WoRLd at 1:07 AM

|
Permalink |
Friday, December 19, 2008
mencari Tuhan-nya
manusia kalau tak tenang
mencari Tuhan-nya
manusia kalau hilang arah
mencari Tuhan-nya
manusia kalau sesat
mencari Tuhan-nya
manusia kalau senang
ingatkah Tuhan-nya?
*p/s: minta dinilai oleh si penyajak "si gadis melankolia".. sape tu. biarlah rahsia
posted by Hi RuLe's WoRLd at 12:12 PM

|
Permalink |
Wednesday, December 17, 2008
sedar-sedar la diri yer
alhamdulillah,bangkit dari mati semnetara. masih dibekalkan nyawa untuk terus menabur bakti di hamparan duniawi. paling penting tugas sebagai Khalifah Allah. kita perlu sedar, kita hidup di atas muka bumi atas pemberian nikat Allah s.w.t, maka tiada hak atas kita tidak mensyukuri-nya.syukurku,nikmat kesihatan masih ada dalam diri. semoga terus dikurniakan kesihatan yang baik.makanya,aku nak pegi ke kelas ni.
posted by Hi RuLe's WoRLd at 7:53 AM

|
Permalink |
Monday, December 15, 2008
bila ada harijadi kawan kena la wish

15/Dis semalam aku ingat nak buat post ni tapi malas. sakit badan selepas fasi kem masih rasa. sangat tak berdaya tubuh-ku. jadi khas untuk 2 orang budak di bawah ni. tapi pape pun saya minta maaf ye sebab takde hadiah. kalau ada hanya kiriman ucapan di sini yang bernilai.
ivan @ aiman untuk ivan, saya harap hidup ivan akan lebih bermakna. semoga terus bahagia. ivan jangan la stress2 sangat dan jangan suka marah2 "dia". kesian tau. it's been a good phase of my life to know you. i love to know you more. ivan budak baik..
Mr Rijalto you rijal, i hope you happy with your life now. it shud be better now right? once again i'm having fun to know you. you've been good bro. thnx for sharing your story.
to be honest, you've changed a lot since our first met during ice breaking up til now. i'm happy to see what you are now. you look happier.
stay forever as friends.
posted by Hi RuLe's WoRLd at 8:08 PM

|
Permalink |
masalah sentiasa datang dan pergi
hari ni satu beban yang berat telah aku lepaskan. dengan keadaan kelam kabut dan sedikt berkejaran ke hulur ke hilir, akhirnya ku lepaskan jua. setelah dipertimbangkan selama 3 hari, hati tergerak untuk hadapi-nya jua. aku sedar keputusan mungkin kesilapan besar.
dan paling penting aku kecewakan mak bapak aku. maaf ye mak..pak.. kita sedar banyak sangat buat salah sepanjang 24 tahun hidup di muka bumi Allah ni. selalu sangat. kalau ikut tak layak nak di-maafkan lagi. tapi mak dengan bapak memang sangat penyabar. mungkin kita belum berjaya lagi. tapi mak dengan bapak kena tau setiap hari malah setiap saat di dunia ni ada orang yang berjaya.
itu tanda bahawa kejayaan boleh datang pada bila-bila masa dan pada sesiapa saja. insyaAllah, berkat doa mak dan bapak, kita pastu suatu masa kelak kejayaan akan tiba jua.
pada fateen, terima kasih bagi sedikit jalan untuk aku. motivasi aku. sedikti aku terubat. seperti yang aku bgtau, keputusan tu memang sukar sangat nak buat. kau memang sahabat aku yang baik. aku sangat terharu walaupun belum lama aku kenal kau. at least now i have someone to talk to, regard my problems. hope i can trust you more.
pada mulan, motivator tak bertauliah. terima kasih gak atas nasihat direct kau tu. walaupun kau cam hentam aku tapi betul apa kau cakap. nanti kite berjuang bersama ye. apa yang aku luahkan perlu menjadi rahsia antara kita bertiga selain Allah dan malaikat.
pada alia, terima kasih yang sangat tak terhingga. dari alpha kita kenal, ko memang banyak sangat tolong aku. insyaAllah kalau kau memerlukan pertolongan suatu masa nanti, aku akan bantu. teriam kasih sebab still stay jadi kawan aku.
akhir kalam, aku harap kehidupan akan menjadi lebih baik di masa hadapan. masalah tetap ada di mana-mana.
posted by Hi RuLe's WoRLd at 5:19 PM

|
Permalink |
Tuesday, December 02, 2008
nikmati hidup anda selagi anda hidup
beberapa hari ni aku rasa sangat bahagia ok. hati sedikit tenang. alhamdulillah. memang benar janji Allah, kalau di anak bagi petunjuk bila-bila masa pun akan dapat. "Kun Fayakun"...semakin hari aku semakin sibuk berdiet dan bersenam. baru petang tadi dilapangkan masa untuk panjat Bukit Beruang berseorangan. badan pun dah rasa sedap sikit. ada rasa ringan (petanda baik ni). bab makan pulak aku semakin berjaga-jaga. insyaAllah akan maju jaya lah nampaknya. semoga dikurniakan kekuatan. balik dari jogging aku harus terus berfikir, ye terus berfikir memutarkan idea bernas. untuk apa. aku ada Final Year Project, DT'09 Perlis dan juga midterm khamis malam ni. oh ya, pasal DT registration. it's already full beb. 2 hari jer. alhamdulillah. sekali lagi aku rasakan janji Allah pada hamba-Nya. memudahkan kerja kami semua. berkat kerjasama kami semua bersama. aku sangat bangg amenjadi se-bahagian dari DT'09 Perlis. so any registration will be put under reserve ok.*hati-ku semakin berbunga*... indahnya hidup... baru dapat diselami sedikit...
posted by Hi RuLe's WoRLd at 8:13 PM

|
Permalink |