Pengembaraan aku masih jauh mencari ilmu sebagai juadah untuk dipersembahkan kepada Pencipta Yang Maha Esa di Alam Akhirat
"bersyukur dengan nikmat Allah"
about me
Name: Hi RuLe's WoRLd From: Batu Pahat, Johor Darul Ta'zim, Malaysia About me: Jika anda bermain-main dengan hati, anda juga akan dipermainkan oleh hati
satu perkara lagi aku tinggal sempena tahun baru ni. azam tahun baru. tahun ni aku takde nak azam perkara pelik-pelik lagi, cam nak dapat anugerah oscar ke, AIM untuk vokal lelaki terbaik di dalam album tak pun cover album terbaik. tu semua sudah aku abaikan walaupun masih bersisa sedikit la.
azam tahun baru kali ni aku amik sempena maal hijrah. aku tak mau amek masihi. sebabnya kenapa, saje jer. aku nak ubah diri sikit. kn manusia berubah. so kalau dah amek tahun hijrah sah-sah la aku nak jadi baik kan. nak jadi lelaki soleh. takkan nak jadi malaysian idol pulak kan. memang tak sehaluan langsung ok!!! nak kena panah petir!!
so tu je la azam aku. baik ubah sikit-sikit kan. banyak-banyak kang aku tak terkejar lak. macam azam aku selalu di awal semester tak nak study last minit (setahun 3 kali ok aku berazam psl benda ni). tak jadi jugak beb. memang aku tetap kemarok study last minit kot.
ckp pasal azam aku teringat pasal budak kampung aku nama dia azam. dia ni playboy ok dulu. tapi semenjak aku masuk MMU lagi aku dah tak nampak muka dia melepek dengan pakai sua besar gedoboh (fesyen zaman die jer, aku tak penah) meleret dgn pompuan ke hulu ke hilir. sekaran ni tak tahu la dia dah kawen kat siam ke, dah ber-anak 3 ker. ada aku kesah!! tapi aku tetap pelik ok sebab dia dah lama tak kelihatan. atau dia dah jadi penjenayah besar dan masih dalam tahanan lokap. hishh!!! gila melilau imaginasi. (azam tahun hijrah : bersangka baik)
(aku takde tulis azam tahun baru kurangkan propa ok),
so propa-propa berjalan seperti biasa. menyinari hidup-ku. ala kejap ada kejap tak la. time stress nak exam ni la propa datang. stress malas study.
*semalam dapat ketuk anas belanja kat d'pelican, sehari sebelum tu ketuk akashah kat ayamas bukit baru. thnx kerana ketukan diterima.
posted by Hi RuLe's WoRLd at 2:46 PM | Permalink |
macam mana dengan azam kita nak 'muncul' di stesen TV Al-Jazeera tu?